Sunday 15 April 2012

Buat Mu ..





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..



Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat ..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas ..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal ..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan ..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista ..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu ..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan ..

Ya Allah ..

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash ..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya ..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu ..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya ..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu ..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya ..
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu ..
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya ..

Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu ..
  maka,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya ..


Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang ..
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu ..
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu ..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya ..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan ..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya ..
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan ..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya ..
keluar dari terus terlena ..

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku ..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku ..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan ..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai ..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu ..
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku ..
petunjuk kearah rahmat Mu ..

Ya Allah ..

sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu ..
Aku buta tanpa bimbinganMu ..
Aku cacat tanpa hidayahMu ..
Aku hina tanpa RahmatMu ..

Ya Allah ..

Kuatkan hati dan semangatku ..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu ..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami ..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu ..
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha ..
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan ..
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu ..
Kerana aku sedar hinanya aku ..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru ..
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu ..
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu ..
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu ..

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati ..
Isteri yang dikasihi ..
Isteri yang soleha ..
Isteri yang sentiasa dihati ..

Amin,

amin Ya Rabbal Allamin ..


Saturday 14 April 2012

Damai Bersama Mu ..



Aku Termenung Di Bawah Mentari ..
Di Antara Megahnya Alam Ini ..
Menikmati Indahnya Kasih-Mu ..
Kurasakan Damainya Hatiku ..


Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir ..
Basahi Panas Terik Di Hatiku ..
Menerangi Semua Jalanku ..
Kurasakan Tenteramnya Hatiku ..


Jangan Biarkan Damai Ini Pergi ..
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu ..
Hanya Pada-Mu Tuhan ..
Tempatku Berteduh ..
Dari Semua Kepalsuan Dunia ..


Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu ..
Akan Kutempuh Semua Perjalanan ..
Agar Selalu Ada Dekat-Mu ..
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih
..












Saturday 19 November 2011

Wahai MUSLIMAH ..

Wahai Muslimah ..



Mahkota Mu tidak memerlukan singgahsana kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama ketegasan Mu umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua di binasakan  ..

Wahai Muslimah ..

Diri kita ibarat intan berlian ..
Lagi di jaga dan di simpan rapi ..
Lagi tinggi nilai nya dan lagi mahal lah harga nya ..

Wahai Muslimah ..

Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan ..
Terdedah dan di pegang-pegang ..
Dan akhirnya ..
Menjadi rosak dan basi ..

Wahai Muslimah ..

Peliharalah aurat dan dirimu ..
Kerana dirimu begitu berharga ...



Dear Muslimah ...


You are a symbol of true ISLAM ..

You represent muslim from near and far ..

You are sign for the world to read ..

You symbolize what our nation really need ..

PEACE,KINDNESS,INNER STRENGTH and FAITH ..




" DUNIA INI ADALAH PERHIASAN .. SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH .. "






 

PadaMu Ku Bersujud !!



.. Hanya PadaMu Ya ALLAH Ku bersujud ..

Ya ALLAH ..

Ku menatap dalam kelam ..
Tiada yang bisa ku lihat ..
Selain hanya nama-Mu Ya ALLAH ..


Esok ataukah nanti ..
Ampuni semua salahku ..

Lindungi aku dari segala fitnah ..

Ya ALLAH ..

Kau tempat ku meminta ..
Kau beriku bahagia ..
Jadikan aku selamanya ..
Hamba-Mu yang slalu bertakwa ..


Ya ALLAH ..

Ampuniku Ya ALLAH ..
Yang sering melupakan-Mu ..
Saat Kau limpahkan karunia-Mu ..
Dalam sunyi aku bersujud pada Mu Ya ALLAH ..



Friday 18 November 2011

Ya ALLAH Ya Tuhan Ku


Ya allah,jika aku jatuh cinta ..
Cintakan lah aku pada seorang yang mendahulukan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu ..
ya muhaimin,jika aku jatuh hati ..
izinkan aku menjatuhkan hati kepada seorang yang hatinya bertaut padaMu ..
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu ..
ya rabbana,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu ..


Aku Wanita Biasa

 Layan jer laah lagu ni ..
.. hihi ..





Hijab Style



Assalamualaikum ..
* Cathyie nak cerita sikit tentang Hijab .. Cathyie suka sangat tengok wanita yang pakai Hijab .. Mashaallah .. Punyer lah cantik bila seorang wanita tu pakai Hijab .. Macam-macam Fesyen yang Cathyie tengok,pandai betul lah wanita zaman ni mengayakan sesuatu untuk sesuai dipakai .. hehe .. Cathyie pun ada juga try pakai Hijab yang di benarkan pemakaiannya dalam islam .. Cathyie ada seorang idola yang Cathyie sangat kagumi iaitu HANA TAJIMA SIMPSON .. Sebut jer tentang HANA TAJIMA ni mesti semua remaja berHijab ni kenal dia .. Siapa tak kenal Wanita yang bekerjaya seperti HANA TAJIMA ni .. HANA TAJIMA ni cantik orang nyer .. Alhamdulillah .. Ciptaan ALLAH semuanya cantik-cantik .. hehe ..
Cathyie banyak juga simpan gambar-gambar HANA TAJIMA ni,dah boleh dikatakan sebagai koleksi .. hehe .. Banyak sangat dah .. Semuanya cantik-cantik dan cute-cute dengan gaya Hijab dia .. HANA TAJIMA ni berdarah kacukan British-Jepun tak silap Cathyie .. haaaa ... Sebab tu lah HANA TAJIMA ni cantik orang nyer .. HANA TAJIMA ni dah pun bernikah dengan seorang jejaka tampan iatu NIBRAS HASSAN kalau tak silap Cathyie .. hehe ..
HANA TAJIMA ni dikhabarkan berkawan baik dengan penyanyi yang bersuara merdu bak buluh perindu sapa lagi kalau tak bukan cik YUNA kita tuu .. hehe ...
HANA TAJIMA ni adalah seorang designer MAYSAA .. hehe .. Nak tengok HANA TAJIMA tak ?? ..




HANA TAJIMA .. Cantik nyeer dia ni ..



HANA TAJIMA dengan Kawan baik dia YUNA ..
sama-sama cantik lah 2 wanita ni ..




Love Hana Tajima




Kat bawah ni ada VD sikit buat siapa-siapa yang nak belajar pakai Hijab ala-ala HANA TAJIMA ..
SELAMAT MENCUBA !!!